"Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau
BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah
untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu
mengharungi pasca pandemik.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat
dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan
menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi
pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan."
- Y.A.B. DATO' SERI
AMIRUDIN BIN SHARI (DATO' MENTERI BESAR SELANGOR)